Gagasan Belia Harapan Malaysia (GBHM) (PPM-003-14-28082019) telah didaftarkan secara sah di bawah Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) dan diwujudkan dari kesinambungan Gerakan Belia Harapan Malaysia di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) sejak tahun 2017. Objektif penubuhan GBHM adalah memperjuangkan,membangunkan, membela dan memajukan masyarakat bagi memastikan masyarakat pada masa akan datang agar dapat dimajukan selari dengan perubahan zaman yang semakin mencabar tanpa meninggalkan masyarakat yang memerlukan. Dengan wujudnya GBHM ini maka harapan kita agar GBHM dapat membantu masyarakat dari segi Pendidikan, Ekonomi dan Kebajikan melalui pelbagai program dan kerjasama yang akan dilaksanakan bersama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta atau persendirian. Melalui peluang dan ruang yang diberikan kita berharap dapat melahirkan Masyarakat yang Bersifat Holistik dan mempunyai jati diri dan seterusnya menyumbang kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Walapun kami mempunyai pelbagai objektif yang boleh di anggap sebagai "cliche" tanpa semangat dan istiqomah maka tiada siapa yang akan mulakan. Oleh itu kami kebanyakkan dari golongan anak muda akan terus berusaha dengan memulakan langkah pertama untuk perkara tersebut. Doakan kejayaan kami demi kesejahteraan dan perpaduan masyarakat.
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang. Untuk sebarang sumbangan dan derma:
Nama: Pertubuhan Gagasan Baru Harapan Malaysia
No Akaun: 8603896693
Bank: CIMB Bank Berhad
Email: bendahari.gbhm@gmail.com
Kepada Allah swt kami berserah.
No reviews yet. Be the first to add a review.