About

Laman Komuniti Islam Sekitar Surau Ar Raudhah, Jalan Setia Indah U13/11

Tags : #CommunityService

Location :
Jalan Setia Indah U13/11M, 40170 Shah Alam

Description

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman rasmi Facebook Surau Ar-Raudhah, Setia Alam.

Facebook ini diwujudkan untuk mempelbagaikan medium komunikasi yang sedia ada. Ianya diharap dapat memperbaiki komunikasi dua hala di antara pentadbiran Surau Ar-Raudhah dan kariah Surau Ar-Raudhah.

Niat murni untuk menggunakan facebook ini untuk kearah kebaikan, diharap dapat disokong dan dimanfaatkan oleh semua pihak.

Anda digalakkan khusunya kariah Surau Ar-Raudhah mengambil bahagian di dalam perbincangan-perbincangan yang diadakan di dalam laman facebook ini. Sebarang masalah kejiranan yang berlaku atau aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang ingin dijalankan, diharap dapat diwar-warkan di Facebook ini untuk perhatian semua kariah Surau Ar-Raudhah.

Walaubagaimanapun, sebarang usaha untuk mencetuskan permusuhan dan perpecahan amatlah dilarang.

Semoga kita dapat bersatu dan bersama-sama mengimarahkan surau kita sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyumbangkan derma/sumbangan ikhlas untuk urusan perbelanjaan dan aktiviti Surau Ar-Raudhah, Setia Alam, anda boleh menyalurkan sumbangan anda menerusi akaun Maybank. Sumbangan tersebut adalah di atas nama Surau Ar-Raudhah dan nombor akaun adalah seperti yang tertera di bawah. Mudah-mudahan anda semua dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t. dan dimurahkan rezeki.

No. Akaun : 562843102552
Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah
Bank : MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)

Insya Allah.

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews