Rose Homestay terletak berhampiran dengan pasar malam Wakaf Che Yeh yang terkenal dengan pusat membeli belah pada waktu malam. Hanya 3 minit ke pasar malam dan 3 km ke bandar Kota Bharu serta 18 km dari lapangan terbang.
Rose Homestay menyediakan bilik yang amat selesa dengan kadar yang berpatutan. Berkonsepkan bilik yang selesa dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti aircond, kipas, tv led, katil, meja kecil dan kerusi rehat, extra bed dan bantal, kemudahan wifi, bilik air yang sempurna dan lain-lain lagi. Keluasan bilik sesuai untuk satu keluarga atau 3-4 orang dewasa.
Kadar untuk satu malam hanya RM80 semalam. Masa untuk daftar masuk bermula jam 2.00 petang dan daftar keluar sebelum jam 12.00 hari.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor berikut 0139868009 atau 0139328009.
No reviews yet. Be the first to add a review.