About

Kaedah rawatan buasir secara alternatif tanpa memerlukan pembedahan atau seumpamanya.

Tags : #MedicalHealth, #Medical&Health

Location :
No. 40 Rumah Rakyat Padang Lebar, 72200 Batu Kikir
Contacts :

7 Reviews

  • Anynomous
    25 November 2014

    Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir ...tersebut.

    Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

    Selain dari itu cara pemakanan juga harus kita ambil berat. banayakkan memakan sayuran kerana sayuran mempunyai klorofil yang amat berguna untuk memulihkan sel tubuh badan kita. Amalkan dan banyakkan minum air suam.

    Peringatan: Air suam bermaksud air yang telah didihkan pada 100C dan menyejuk sendiri dan bukan air panas yang dicampur dengan air sejuk untuk memaksa air tersebut untuk menyejuk pada kadar segera. Senadainya kita mengamalkan meminum air suam yang disejukkan dengan mencampurkan dengan ais atau air sejuk maka kuman yang telah mati akan hidup semula dan imun atau kebal. Ini akan menyebabkan penyakit yang kita hadapan lambat pulih. Salah satu kesan meminum air yang disejukan segera adalah, dalam dubur selalu berair atau basah. Ini dapat dilihat pada kesan basah pada seluar dalam kita.

    See more

    report this review
  • Anynomous
    08 October 2014

    Penyakit yang menjadikan kita rasa rendah diri..

    report this review
  • Anynomous
    30 September 2014

    Faktor Risiko

    Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

    Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan dan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

    ...

    Buasir bukanlah suatu penyakit keturunan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    See more

    report this review
  • Anynomous
    21 September 2014

    Buasir yang telah membengkak akan menyebabkan pesakit tidak dapat meneran najis dengan lawas. Gambar dibawah menunjukkan salah satu penyakit buasir yang kronik. Ada diantara pesakit buasir telah menjalankan rawatan dengan bermacam-macam kaedah dan pada awalnya penyakit itu sembuh akan tetapi ada yang berulang semula. Ini adalah kerana urat-urat saraf halus pada dubur tidak berfungsi sepenuhnya. Ini menyebabkan pesakit tidak selasa. Elakkan daripada dipotong seandainya masih ada altenatif yang lain.

    report this review
  • Anynomous
    20 September 2014

    Buasir luaran atau dalaman masih boleh dirawat walaupun ia telah mula mengeluarkan darah. Pelbagai kaedah rawatan hari ini tidak lain adalah untuk menyembuhkan pesakit jika terkena buasir. Salah satu cara rawatan dengan kaedah tradisional. Hubungi saya untuk mendapatkan cara rawatan.

    report this review
  • Anynomous
    20 September 2014

    Buasir Dalaman

    Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

    report this review
  • Anynomous
    20 September 2014

    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

    report this review

Rate & Write Reviews