About

KAFA Transit

Tags : #Education, #Organization

Location :
Surau Jumaat An-Na'im, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Contacts :

Opening Hours

  • Monday 14:30 - 17:30
  • Tuesday 14:30 - 18:30
  • Wednesday 14:30 - 21:30
  • Thursday 14:30 - 21:30
  • Friday 14:30 - 21:30
  • Saturday 09:00 - 11:00
  • Sunday 09:00 - 11:00

Description

Pusat Kecemerlangan Hatimurni (PKH) adalah satu idea dan usaha yang dilaksanakan oleh Ustazah Siti Khadijah Binti Mohni dengan sokongan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali. PKH mula beroperasi pada Oktober 2007 dan kini telah masuk tahun ketiga beroperasi dan telah menaungi hampir 70 orang pelajar. Pada awal penubuhan PKH adalah sebuah institusi pendidikan yang mempromosikan pendidikan yang mengkhusus kepada kelas pengajian Al-Quran dan tajwid, hafazan, fardhu Ain dan kelas Bahasa Arab. Kelas-kelas ini dibuka untuk peringkat umur yang luas iaitu dari kanak-kanak 5 tahun hinggalah dewasa. Pertengahan tahun 2009 pihak pengurusan bercadang untuk menambah program-program yang ada dengan mewujudkan KAFA atas dasar memenuhi permintaan daripada ibubapa. Awal 2010 program kelas KAFA mula dipromosikan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Tenaga pengajar pula adalah terdiri dari graduan-graduan yang berkelulusan dari Universiti Timur Tengah ( Jordan dan Mesir ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Darul Quran JAKIM.
Misi kami adalah untuk membantu mendidik pelajar dan masyarakat dengan ajaran Islam yang berlandasakan Al-Quran ,As-Sunnah ,Al-Ijma’ dan pendapat Ulama’-ulama’ yang mu’tabar. Visi kami adalah untuk menjadi salah sebuah institusi yang cemerlang dalam melahirkan insan–insan yang cemerlang berlandaskan hati yang suci murni berteraskan ilmu yang mantap dan berpandukan tradisi serta kaedah keilmuan yang tepat dan jitu. Kini PKH yakin untuk terus berdiri teguh dan maju di masa hadapan.
Oleh kerana menyedari potensi pasaran yang masih meluas didalam bidang pendidikan agama, kami merasa terpanggil untuk menubuhkan satu pusat pendidikan yang mempunyai konsep pendidikan agama.
Nama “ Pusat Kecemerlangan Hatimurni “ dipilih berlandaskan kepada misi dan visi pemilik-pemilik institusi ini yang percaya bahawa bermula dengan hati yang suci bersih dan ikhlas ilmu yang telah diperolehi dan dipelajari dapat dimanfaatkan secara optimum dengan menyediakan sebuah gedung ilmu pendidikan. Kami juga yakin bermula dengan hati yang murni dan ikhlas setiap individu dan generasi akan cemerlang dalam setiap bidang yang bakal diceburi. Semoga misi dan visi kami akan tercapai ke satu tahap yang boleh dianggap berjaya di dalam arus pendidikan negara.


Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Kecemerlangan Hatimurni :

1) Kelas KAFA Tahfiz Hidayah Mardhiyyah ( AlhamduliLah sambutan HEBAT ! )
Untuk pelajar Pra 5 & 6 tahun, pelajar Tahun 1 – 6

2) Program Transit Bermodul ; All In One…Jimat & Praktikal ( AlhamduliLah sambutan HEBAT! )
Untuk pelajar Pra 5 & 6 tahun, pelajar Tahun 1 – Tingkatan 2

3) Kelas Mengaji AlQuran dan Qiraati ; Modul Khatam AlQuran dan Qiraati
Untuk Kanak-kanak hingga Dewasa – 3 bulan terus AlQuran

4) Kelas Tuisyen Arabic dan Jawi ; Kemahiran membaca dan menulis
Untuk pelajar Pra 5 & 6 tahun, pelajar sekolah Rendah dan Menengah

5) Kelas Kemahiran Asas; BM, BI, Maths


PROGRAM CUTI SEKOLAH KINI KEMBALI

28HB MEI – 8HB JUN 2012

KELAS INTENSIF ARABIC & JAWI
Modul Mahir Membaca dan Menulis Arab & Jawi
Untuk Pelajar Pra 5 & 6tahun, Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

MARI KHATAM ALQURAN
Intensif Kelas Mengaji – Modul Khatam AlQuran, Memperbaikki Bacaan dan Tajwid Asas
Untuk Pelajar Pra 5 & 6thn, Pelajar Sekolah Rendah & Menengah.

* BERMINAT ?? SILA EMAIL KEPADA KAMI DI - pkh2007@yahoo.com

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews