Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh, Perak. (No Pendaftaran: PPM-011-08-15042016)
MATLAMAT:
1. Menjadi salah satu persatuan yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang keusahawanan dan seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak.
3. Membantu dan menggalakkan ahli yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian seperti mengadakan kursus-kursus atau seminar motivasi yang bersifat perniagaan dan keusahawanan secara berkala ke arah penyatupaduan.
4. Menggalak dan menyedarkan ahli supaya menjadi usahawan yang bersatu padu serta berilmu dan rajin berniaga disamping berusaha untuk berjaya dalam hidup.
5. Menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh ahli bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih cemerlang berlandaskan penyatupaduan.
Yuran Keahlian: RM150
SYARAT KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa:-
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Perak
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Terbuka Kepada Individu Yang Tinggal Dikawasan Ipoh, Perak Yang Bekerja Sendiri / Peniaga / Usahawan ( Bukan Pekerja Makan Gaji Seperti Kerajaan Atau Swasta ) Juga Seorang Yang Bermotivasi Tinggi Serta Boleh Bekerjasama Dan Bertoleransi Untuk Kebaikan Persatuan.
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
-Pengerusi PUBI Perak-
No reviews yet. Be the first to add a review.