Persatuan Anti Dadah Aids Malaysia (PADM) ditubuhkan pada 14 Jun 2005. Pada peringkat awal penubuhan ianya dikenali sebagai Persatuan Sihat Dadah HIV/ Aids Kelantan. Namun tiga tahun kemudian iaitu pada 11 Disember 2008, setelah membuat beberapa pindaan undang- undang pertubuhan ini ditukarkan nama kepada Persatuan Anti Dadah Aids Kelantan (PADK). Dalam tempoh empat tahun berikutnya PADK berjaya melaksanakan beberapa program serta menjalankan beberapa aktiviti di negeri Kelantan dan ianya didapati perlu dikembangkan ke beberapa negeri lain juga. Maka pada 1 April 2012, persatuan ini dinaiktaraf kepada pertubuhan kebangsaan dengan nama barunya iaitu Persatuan Anti Dadah Aids Malaysia (PADM) atau Malaysia Drugs Aids Relief Association. Pertukaran ini adalah hasil dari perbincangan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan sokongan dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sila "Like" Page ini sebagai sokongan anda
No reviews yet. Be the first to add a review.