About

Jabatan Perpustakaan
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, Bandar DiRaja
Kuala Kangsar,
33000, Perak, Malaysia

Tags : #CollegeUniversity, #College&University

Location :
Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar
Contacts :

Description

Perpustakaan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah ( KUISAS ) mula beroperasi di Jalan Dato' Seri Shaari, Ipoh pada tahun 1999 selaras dengan penubuhan kolej sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam. Pada tahun 2008, Perpustakaan KUISAS telah berpindah ke bangunan baru di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang dilengkapi dengan prasarana yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan. Perpustakaan KUISAS dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di KUISAS. Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga Kolej Universiti yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan motto 'RAHMATAN LIL 'ALAMIN'.

Di dalam usaha pihak Perpustakaan KUISAS untuk melahirkan warga Kolej Universiti yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan, pembelajaran dan pengajaran, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan telah disediakan kepada pengguna perpustakaan. Keperluan untuk mengurus maklumat dan pengetahuan dengan efisyen melalui pengautomasian juga adalah merupakan langkah yang diambil oleh pihak Perpustakaan KUISAS bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan. Oleh yang demikian pada tahun 2005, Perpustakaan KUISAS telah menggunakan sepenuhnya Sistem ILMU ( Integrated Library Management Utility ) di dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

Perkhidmatan & Kemudahan
1. Peminjaman dan pemulangan
2. Rujukan
3. Audio visual
4. Wifi
5. Fotostat
6. Pinjaman Antara Perpustakaan
7. Perkhidmatan Kesedaran Semasa
8. OPAC (Online Public Access Catalog)
9. Bilik senyap
10. Bilik perbincangan
11. Galeri
12. Bilik Internet
13. Tempat duduk (400 orang dalam satu masa)

11 Reviews

  • Anynomous
    21 March 2018

    Bengkel & Pameran Seni Khat 2018

    Tempat : Perpustakaan USAS

    Aktiviti:

    ...

    Pameran Khat : 27 Mac hingga 3 April 2018

    Bengkel Khat : 3 April 2018 ( Selasa )

    Penyertaan untuk Bengkel Khat dibuka untuk semua warga Universiti Sultan Azlan Shah dengan kadar bayaran RM2. Sila dapatkan borang penyertaan di Kaunter Utama Perpustakaan USAS.

    See More

    report this review
  • Anynomous
    23 January 2018

    Lawatan dan perbincangan mengenai hasrat Perpustakaan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong untuk mengadakan kolaborasi dengan Perpustakaan USAS yang diketuai oleh En. Hafiz Saidin, Pegawai Perpustakaan KKTM Lenggong.

    report this review
  • Anynomous
    09 January 2018

    Bengkel Kaedah Penyusunan Bahan Perpustakaan untuk staf perpustakaan Usas 9/1/2018 Bilik AV Perpustakaan 9.00 pagi - 12.30 tgh

    ...

    Penceramah: Pn. Shuhana Ismail

    #usaslib #perpustakaanusas #iniusasku #universitisultanazlanshah

    See More

    report this review
  • Anynomous
    20 September 2017

    Maahad al-mizan jeliang manong

    report this review
  • Anynomous
    15 September 2017

    Watikah Pemasyuran Kemerdekaan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia

    report this review
  • Anynomous
    14 September 2017

    Sila emailkan atau whatsapp(0195153730) gambar asli kepada usaslibrary@gmail.com sertakan Nama, No. Pelajar / No. Staf,No. Tel serta Tajuk Gambar Tarikh Tutup Penyertaan 26 September 2017

    report this review
  • Anynomous
    14 September 2017

    Dijemput semua warga USAS berkunjung ke Perpustakaan USAS dalam menghayati pengertian kemerdekaan turut diiringi dengan beberapa aktiviti menarik yang boleh disertai.

    report this review
  • Anynomous
    21 July 2017

    Kerjasama membawa berkat...

    report this review
  • Anynomous
    21 July 2017

    Majlis Jamuan Raya Jabatan Perpustakaan USAS 2017.

    report this review
  • Anynomous
    11 March 2017

    Assalamualaikum. .Jom sertai Uji Bakat Da'i Pendakwah Nusantara Musim ke-5!. Kepada sesiapa yang nak mencuba untuk sertai uji bakat, boleh datang ke USAS ( Universiti Sultan Azlan Shah) pada 24&25 Mac 2017. Selamat mencuba dan semoga berjaya..

    report this review
  • Anynomous
    17 February 2016

    Makluman Kepada Semua: Pada Setiap Hari RABU Tahun 2016. Perkhidmatan Perpustakaan Akan Beroperasi Bermula Dari jam 11.00 PG - 5.00 PTG Sahaja. ( Rehat 1.00 - 2.00 PTG ) Ini kerana Memberi Laluan Kepada Program 'LET'S SWEAT'' (BERSUKAN).Harap Maklum. (Sila sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan)... Terima Kasih

    See More

    report this review

Rate & Write Reviews