Uncategorized

NoNe Enterprise - Coatings Automotive

Overview

Menjalankan perniagaan industri automotif dengan menyediakan perkhidmatan membuat salutan seramik tahan haba/salutan pengalir haba/salutan tahan geseran.

Tags

  • Motor Vehicle Company

Description

Kami menyediakan perkhidmatan salutan seramik / salutan moly / salutan pengalir haba yang agak sukar untuk didapati di kawansan sekitar dengan harga yang sangat berpatutan dan menggunakan teknologi yang terbaik untuk penyalutan bahagian dalaman enjin.

Kami menyediakan perkhidmatan salutan pada:
Piston (bahagian atas) - salutan seramik
Piston (dinding piston) - salutan moly
Kawah silinder head - salutan seramik
Blok dan head - salutan penyalur haba

Apa kelebihan perkhidmatan salutan ini?

1)Salutan seramik bahagian atas piston.
Salutan seramik disalut dan dibentuk di seluruh bahagian atas piston.
Salutan ini bertindak sebagai lapisan penghalang haba.
Ia akan membalikkan suhu panas yang terhasil dari pembakaran dan menghalang pengaliran haba kepada piston.
Haba tidak akan terpindah kepada piston dan secara tak lansung akan membuatkan piston anda menjadi lebih sejuk.
Tanpa salutan ini, dalam keadaan yang terlampau akan menyebabkan kenderaan anda'jammed kerana kepanasan melampau'ataupun piston berlubang/pecah.

1)Salutan moly bahagian dinding piston.
Salutan ini menyelamatkan dinding piston dari senang tercalar.
Dinding piston yang disalut dengan lapisan moly akan lebih tahan dan mempunyai tahap kekerasan dan kelicinan yang sangat tinggi.
Ianya mengurangkan geseran dan calar pada dinding piston dan silinder blok setra memanjangkan hayat kenderaan anda disamping meningkatkan kuasa prestasi kenderaan.

3) Salutan seramik pada kawah silinder head.
Lapisan seramik yang disalut pada permukaan kawah head akan membalikkan haba dan menyimpan haba dalam kebuk pembakaran lebih lama melalui strok tenaga dan meningkatkan daya kilas dan HP.
Ini meningkatkan kecekapan kebuk pembakaran dengan menyalurkan haba keluar melalui ekzos tanpa menghilangkan kuasa ada kenderaan.
Haba tidak akan terpindah ke bahagian silinder head dan mengurangkan kepanasan enjin ke tahap optimum.

4) Salutan pengalir haba blok dan head.
Suhu haba panas yang dilepaskan akan mengakibatkan logam menjadi kurang ketahanan.
Lapisan pengalir ini mampu membantu mengalirkan haba yang dilepaskan lebih cepat dari logam biasa.
Haba dilepas dan dialirkan ke dinding / sirip luar dan melepaskan haba dengan lebih efisien dan cepat.
Enjin akan lebih mudah sejuk dan suhu kurang panas menyebabkan prestasi kenderaan anda mencapai tahap yang terbaik.

Kuasa dan prestasi meningkat, kecekapan pembakaran meningkat, ketahanan berganda dan penggunaan minyak petrol menjadi lebih jimat.

Location

Rate & Write Reviews