Teka-teki sempena Pameran Artifak Para Sahabat di TTC
Pedang milik siapa ni? Jawab jangan dok jawab
Mf. live kuliah jumaat tok guru msjid pengkalan berangan tidak ade.mf diatas kekosongan ini.Mf. live kuliah jumaat tok guru msjid pengkalan berangan tidak ade.mf diatas kekosongan ini.
Jemput semua hadir.semarakkan cintakan ilmu
Assalamualaikum😊😊 Nok jemput mari belake dehh😊😊 #Jgn malas belajor agama,nanti kamu akan menanggung peritnye kebodohan
Assalamualaikum. Kuliah magrib Setiap hari AHAD Masjid pengkalan berangan
:ustaz mahadi.😊 Semua dijemput hadir. #org muda2 pakat gii belake
Gotong royong perdana caw pengkalan berangan. #baiki rumah yg telah lama terbiar #mpkk pengkalan berangan bersama masyarakat
Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian
Mohd Irsyadi Abu Bakar by Mohd Irsyadi Abu Bakar on Wednesday, July 25, 2018
Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyuarakan hasrat itu ketika sesi dialog bersama lebih 100 pengusaha kebun durian Parlimen Marang, di Pasti Al- Jannah, Kampung Jerung Surau, semalam.
Pegawai Pertanian daerah, Siti Aishah berkata, isu utama yang diutarakan pengusaha adalah menaik taraf jalan yang digunakan pekebun selain kursus dalam meningkatkan kualiti buah dan merawat penyakit pokok serta cara terbaik mengatasi musuh tanaman.
"Jalan diakui merupakan masalah utama pekebun. Ini kerana, bagi jalan mendaki yang menghampiri (menegak) 90 darjah, material yang perlu digunakan adalah simen supaya lebih selamat. InsyaAllah, ia akan diselesaikan segera," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong juga menyambut baik usaha itu.
"Sambutan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha kebun durian sangat baik. Cadangan dan pendapat yang diberikan akan dipertimbangkan pelaksanaannya," katanya.
Majlis berkenaan dimeriahkan dengan jamuan makan durian dan pulut durian secara beramai-ramai.