Koleksi lama cadangan asal rekabentuk Masjid Abu Al-Darda' yang kini sudah ditukar kepada yang lebih kontemporari berunsur tempatan Negeri Sembilan. Satu kenangan
Pada hari Selasa 12hb September 2017, kerja2 bagi penyiasatan tanah bagi pembinaan Masjid Abu Al-Darda' telah diadakan di tapak pembinaan Masjid.
Kerja2 melibatkan syarikat SBA Maju Enterprise yang telah JKR Seremban lantik bagi menjalankan kerja2 penyiasatan tapak termasuk 2 borehole dan 10 point prob disamping ujian2 makmal; dan penyediaan syor asas bagi tempoh 3 minggu
Satu sesi perjumpaan diantara AJK Pembinaan Masjid Abu AlDarda' Nilai Impian (MADANI) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Seremban telah di adakan pada hari 18hb Januari 2018 (Khamis) Jam 9.30 pagi di pejabat JKR Seremban. Tujuan mesyuarat ialah untuk mengesahkan rekabentuk terakhir Masjid Al-Darda' Nilai Impian sebelum pengeluaran tender pembinaan oleh pihak JKR.
Alhamdulillah. Kerja keras dan kegigihan AJK Penaja yang diketuai oleh Tn Hj Abu Bakar Hj Saleh khususnya, dan dibantu Hj Wahab Hj Mohd Nasir serta semua AJK Penaja Masjid Nila Impian amnya telah membawa kemajuan ke satu tahap lagi bagi merealisasikan usaha pembinaan Masjid Abu AlDarda' Nilai Impian (MADANIi) .
Pada 15 Mac 2018 iklan tender JKR Negeri Sembilan telah dibuka untuk pembinaan masjid Nilai Impian dan ditutup pada 18 April 2018. Susulan dari iklan tender itu, pada 29 Mach seramai 18 Kontraktor yang berminat telah hadhir untuk lawatan tapak masjid Nilai Impian.
Marilah Kita bersama2 memberi sokongan bagi meneruskan usaha sehingga terdirinya kompleks Masjid Nilai Impian ini. Khususnya kita masih memerlukan dana yang banyak dalam merealisaikan pembinaan kompleks masjid kita ini.