• Delete
  • Edit
Uncategorized

Madrasah Nurul Quran Tuanku Jaafar Seri Menanti,Kuala pilah

Seri Menanti, 71550 Kuala Pilah

About

Madrasah Nurul Quran Tuanku Jaafar Seri Menanti,Kuala pilah is located at Seri Menanti, 71550 Kuala Pilah

MADRASAH NURUL QURAN TUANKU JAAFAR SERI MENANTI N9

Tags : #Establishment, #Community, #BusinessService

Location :
Seri Menanti, 71550 Kuala Pilah

Mailing List

Enter your email to get updates and special deals from Madrasah Nurul Quran Tuanku Jaafar Seri Menanti,Kuala pilah

Description

MAAHAD NURUL QURAN TUANKU JAAFAR

MASJID DIRAJA TUANKU MUNAWIR,
SERI MENANTI,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


1. Latar Belakang

Alhamdulillah dengan berkat usaha agama yang berterusan maka telah timbul kesedaran di kalangan ibu-bapa akan kepentingan untuk menyuburkan minat anak-anak untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk. Justeru itu, di dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah wujud banyak maahad/institusi pengajian tahfiz di seluruh negara yang diusahakan samada oleh pihak swasta atau pun pihak kerajaan.Perkembangannya begitu menggalakkan sehingga maahad tahfiz yang ada tidak dapat menampung permohonan pelajar yang sentiasa bertambah.

Di atas kesedaran ini, sebuah maahad tahfiz, Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar telah ditubuhkan di Masjid Diraja Tuanku Munawir pada tahun 2000.

Penubuhan Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar ini dipelopori oleh Ke bawah Duli Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abd Rahman.

Kebetulan di sebelah Masjid Diraja Tuanku Munawir terdapat sebuah sekolah agama yang dulunya digunakan sebagai sekolah agama rakyat.Tetapi ianya telah lama ditinggalkan.Oleh itu, Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar telah mengubah suai bangunan tersebut dan mengunakannya untuk pengajian tahfiz.

2. Maksud Penubuhan
Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar (MNQTJ) ditubuhkan bagi melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang hafal dan fasih dengan bacaan Al-Quran.

Mereka juga disediakan untuk melanjutkan pelajaran agama diperingkat yang lebih tinggi.Mereka ini diharapkan akan menjadi guru agama dan menjadi pembimbing kepada masyarakat pada masa yang akan datang.

Disamping itu, dengan wujudnya maahad tahfiz di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, ianya akan dapat membantu menghidupkan suasana agama di masjid dan juga kariah ini.

3. Organisasi dan Pentadbiran

Penaung:
Yang Mulia Tengku Panglima Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar

Pengerusi:
Mohammad Nadzrin bin Ibrahim

Ahli Jawatan kuasa:
a. Tengku Hasmuddin Bin Tengku Osman
b. Amzah bin Abdullah
c. Rahmat Bin Mohd Sharif
d. Mohd Diah Bin Sulaiman
e. Roslan Bin Shamsudin
f. Ustaz Azahari Bin Ab Aziz
g. Ustaz Ramzan Bin Sanusi
h. Ustaz Ahmad Khairul Faris Bin Mohd Napi

4. Perkembangan

Sejak penubuhannya, MNQTJ telah Berjaya melahirkan ramai para hafiz.Ramai pelajar lepasan dari Maahad ini yang telah menyambung pelajaran agama di dalam dan di luar negeri.Pelajar peringkat pertama ada yang telah habis dalam pengajian tinggidi Afrika Selatan dan Yamen.Sekarang mereka berkhidmat mengajar di Maahad.

Ada pelajar yang telah hafiz dan berminat dalam bidang akademik telah menyambung pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian tinggi dalam berbagai-bagai bidang.


Guru-guru Maahad diharapkan suatu hari nanti akan menjadi tempat rujukan bagi masyarakat setempat apabila mereka menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum-ahkam agama.Guru-guru ini diharapkan akan dapat memainkan peranan sebagai pemangkin bagi perkembangan agama dalam masyarakat setempat dan mengajak ahli-ahli masyarakat untuk mengamalkan agama dalam kehidupan mereka.


5. Pelajaran
MNQTJ mengambil pelajar yang berumur diantara 13 ke 15 tahun.Mereka akan diterima untuk memasuki maahad setelah lulus dalam pemilihan/temuduga yang di lakukan oleh pihak maahad.

Pelajar-pelajar yang terpilih akan dikehendaki menghafal Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Secara umumnya pelajarakan mengambil masa diantara 2 ke 4 tahun untuk menghabiskan penghafalan mereka.

Pelajar yang telah tamat penghafalan mereka akan dikehendaki mengulang kaji (shahadah) selama satu tahun.

Setelah tamat mengulang kaji,pelajar-pelajar boleh meneruskan pelajaran mereka di maktab pengajian agama yang lebih tinggi.Mereka boleh menyambung pelajaran mereka di dalam atau di luar negeri.Negara-negara yang pelajar boleh menyambung pelajaran mereka diluar negeri termasuk Negara seperti Afrika Selatan, Mesir, Jordan, Yamen, Arab Saudi, India, Pakistan dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang akademik, mereka boleh melanjutkan pelajaran ketingkatan 4 dan seterusnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kemudian boleh melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang-bidang seperti kejuruteraan,perubatan,perakaunan dan sebagainya
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, mereka boleh menghantarkan sumbangan mereka seperti berikut :

Nama Akaun : RAMZAN SANUSI

Cawangan Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL

Nombor Akaun : 05200 41 000 00517 0

Penutup;

Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar ini telah Berjaya melahirkan ramai hafiz sejak dari penubuhannya.Maahad berharap usaha ini akan berterusan dengan teratur dan didikasi,

Disamping itu, Maahad Nurul Quran Tuanku Jaafar diharapkan akan menjadi contoh yang mana mahad tahfiz ini membantu menghidupkan suasana agama masyarakat setempat dan akan menjadi contoh untuk masjid-masjid yang lain.

Add missing information

Add email
Add phone
Add website
Add opening hours
Add photos
Add Social Media
Add Products and Services

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews