اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Majlis pengagihan zakat fitrah kepada asnaf..
Salam Aidilfitri 1439 dari kami warga Madrasah Darul Muhajirin.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Sanah helwah buat ayahanda Tuan Guru Baba Mohd Suplar bin Yahya.. Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan dipermudahkan segala urusan mendidik kami..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Alhamdulillah semakin lancar perjalanan menuju pondok kami.. Siapapun jua yang mengusahakan perkara ini semoga Allah membalas kebaikkan kamu..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH
JEMPUTAN HADIR KE MAJLIS :
JAULAH MASYAIKH ( ZIARAH MAHABBAH MALAYSIA 2018 )
WAKTU : KULIAH MAGRIB SAMBUTAN ISRA WA MIKRAJ TEMPAT : MADRASAH DARUL MUHAJIRIN @ PONDOK BUKIT JONG TARIKH : 13 APRIL 2018 HARI : JUMAAT PENCERAMAH: 1- SHEIKH MUHAMMAD BECHIR BARRAH 2- SHEIKH NOUREDDIN CHERKANI
SEBARKAN HEBAHAN INI
Azam hadirkan diri..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Kerja-kerja menaik taraf dewan muslimat telah disiapkan hampir 70%. Terima kasih kepada para dermawan dan pewakaf yang telah menyumbang kewangan dalam pembinaan ini. Peluang berwakaf masih terbuka untuk mereka yang berkesudian membantu..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Alhamdulillah hari ini kami diziarahi oleh Tuan Guru Hj Ahmad Ridoudin.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم تسليما
Alhamdulillah Daurah Tahunan Kitab Hikam bersama Tn Guru Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni telah ditutup dengan jayanya.. Sampai jumpa tahun hadapan.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Resolusi guru-guru pondok untuk mempertahankan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya'irah Wal Maturidiah. Inilah ketegasan kami dalam menolak segala fahaman yang menyeleweng lagi menyesatkan.
Resolusi Guru-Guru Pondok.
1. Memastikan sistem pengajian pondok berteraskan ilmu Turath iaitu Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah wal Maturidiyah dan Fikh as Syafie dan Tasawuf berdasarkan ulamak muktabar seperti Syeikh Junaid al Baghdadi dan Imam al Ghazali.
2. Memastikan masjid-masjid dan surau-surau di negara ini mengekalkan pengajian turath seperti yg dinyatakan tadi.
3. Mengingatkan rakyat terutama umat Islam supaya tidak memilih calon dari mana-mana pihak yang bertanding dalam PRU akan datang mereka yg berpegang dengan ajaran yang menyeleweng daripada Aliran Ahli Sunnah wal Jamaah Asya'irah wal Maturidiah.
4. Memastikan silibus atau modul tarbiyah seperti dalam usrah dan tamrin di semua peringkat bertepatan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah demi melahirkan ahli atau anggota yg jelas fikrahnya dan tidak keliru dengan fikrah2 yang sesat dan menyeleweng lagi mengelirukan ummah.
5. Memastikan pemimpin di bahagian DUN atau Parlimen berpegang dengan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah as Syairah wal Maturidiyah. Juga memastikan tiada pimpinan mana2 parti berpegang dengan aliran Syiah, Wahhabi, Hizbut Tahrir, Liberalisme dan Pluralisme.
6. Memastikan pemimpin dan agamawan di semua peringkat tidak mengeluarkan pendapat atau pandangan yg boleh mengelirukan atau terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah seperti "Allah duduk atas Arasy, Allah ada tangan, berjisim dan seumpamanya." Pandangan pemimpin dan agamawan ada pengaruhnya. Sekiranya tidak dikawal maka rakyat mudah terpesong dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng dari perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
7. Mengenalpasti mana-mana bekas pelajar pondok yg sudah tidak lagi berpegang lagi dengan manhaj ASWJ atau yg masih keliru dengan manhaj kita yg sebenar diberi nasihat, ditarbiyah dan diadakan perjumpaan untuk berdiskusi secara ilmiah dengan ulamak-ulamak muktabar supaya mereka insaf dan kembali ke Manhaj yang sebenar.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Pertemuan Alumni Pondok Pasir Tumbuh di Madrasah Darul Muhajirin. Kesepakatan guru-guru yang hadir untuk terus mempertahan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah wa Maturidiah dan menolak dengan sekeras-kerasnya golongan yang bersalahan seumpama wahabi,syiah dan sealiran dengannya. Menolak segala bentuk usaha sama yang boleh merosakkan aqidah Ummah. Pertemuan hari ini telah menyatukan guru-guru pondok dari pantai timur.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
PENGAJIAN MINGGUAN BERKITAB BERSAMA MUDIR MADRASAH DARUL MUHAJIRIN.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Pelatih dan pelajar Giat Mara hadir menawarkan khidmat pendawaian semula di Madrasah.. Terima kasih sedia membantu..
اَلسَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَۃُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH.
JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1439 H
Tempat : Madrasah Darul Muhajirin @Pondok Bukit Jong
Tarikh : 21 September 2017
Hari : Khamis
Masa : 6 Petang
Aturcara : - Doa Akhir Tahun - Solat Magrib - Doa Awal Tahun - Solat Isya - Makan Malam
Semoga kehadiran semua menambah lagi keberkatan majlis ini.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
Program Khas Muslimat..
ZIARAH MAHABBAH USTAZAH ALWIYAH AS SEGAF
DAURAH FIQH ( BAB TAHARAH )
4 OGOS 2017 SESI 1 - 9:30 PAGI - 12 TGH SESI 2 - 2:30 PTG - 4:30 PTG
MADRASAH DARUL MUHAJIRIN
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم تسليما
Menerima kunjungan daripada pelajar Madrasah Syeikh Badiuzzaman Said Nursi Turkey bersama pensyarah dari Unisza. Banyak kisah-kisah menarik tentang Ulama besar ini. Antara yang paling hebatnya beliau mampu menghafal 90 kitab dalam masa 90 hari..