Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) merupakan kesinambungan dari Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 yang telah diadakan pertama kali di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Mac 2012 dan Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2014 (KLOBS14) yang diadakan di lokasi sama pada 2014 .
Program ini dilaksanakan sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan aktif warga kota dalam meningkatkan kualiti dan budaya hidup sihat serta menerapkan semangat menyanyangi dan menghargai alam sekitar. Melalui usaha ini adalah diharapkan agar warga kota dan pengunjung luar, seperti pelancong, akan lebih ramai mengunjungi program ini untuk bersantai bersama keluarga, berhibur mahupun mencari ilmu-ilmu baru berkaitan alam sekitar.
Selain itu, program ini turut bertujuan untuk mempromosikan Taman Botani Perdana kepada pengunjung tempatan dan luar negara. Taman Botani Perdana yang mempunyai mempunyai keluasan kawasan seluas 101.12 hektar atau 250 ekar, mempunyai banyak keistimewaan yang perlu dikongsikan kepada orang awam dalam usaha mendidik rakyat Malaysia mahupun para pelancong ke arah kelestarian alam sekitar sejagat.
Beberapa usaha telah dianjurkan dalam memperkukuhkan taman ini termasuklah penjenamaan semula taman ini kepada Taman Botani Perdana daripada nama Taman Tasik Perdana pada 2011, penganjuran program seperti LAMAN pada 2006 dan 2008. Demikian juga dengan penganjuran KLOBS ini sendiri pada 2012 dan 2015. Justeru kesinambungan ini amatlah wajar sebagai usaha berterusan untuk mempromosikan taman ini.
Menariknya program ini turut menjadikan bunga orkid dan bonsai sebagai tema bagi pameran yang akan diadakan di samping tarikan-tarikan pengisian program dan aktiviti lain bagi tujuan ini.
Objektif penganjuran program ini adalah:
I.Menggalakkan penglibatan aktif wargakota dalam meningkatkan kualiti dan budaya hidup sihat dikalangan semua lapisan masyarakat.
II.Menggalakkan pengisian program dan aktiviti yang berkualiti dan berterusan serta mewujudkan suasana persekitaraan semulajadi yang Ceria, Indah Dan Menarik.
III.Mempromosikan Taman Botani Perdana kepada masyarakat umum setelah dinaiktaraf sebagai sebuah Taman Botani.
IV.Membudayakan semangat cintakan keindahan berasaskan pemuliharaan alam semulajadi.
V.Menggalakkan masyarakat umum mengindahkan serta menghargai persekitaraan dalam kawasan kejiranan.
No reviews yet. Be the first to add a review.