Sahabat Roselle Marketing secara rasmi, telah ditubuhkan pada 16 Mei 2006. Menyedari keperluan semasa Umat Islam, dengan iltizam dan semangat kejayaan akan memihak kepada orang yang sabar, pengurus SRM menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengumpulkan dan menjual semua produk Halal Muslim di seluruh Malaysia . Beliau seorang yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, tidak malu di hina ,yakin produk halal muslim,suatu hari akan di terima masyarakat muslim. SRM terus memasarkan produk Halal Muslim yang selalunya berstatus PKS walaupun pada awalnya di perlekeh orang muslim sendiri.
Pada peringkat awal berniaga, SRM, memasarkan produk berasaskan buah roselle seperti halwa ,jem, dan kordial roselle keluaran Bumiputera Muslim.Tanpa mengenal erti putus asa, dan gigih berusaha sendiri, SRMmenjual produk tersebut di Pasar-pasar Tani, pasar peladang dan ekspo jualan seperti di Plaza Angsana. Kemudian sedikit demi sedikit srm mencari dan menanmbahkan produk halal muslim di kedai.
Kata-kata hinaan dan nista, adalah lumrah kehidupan. Begitu juga yang dilalui oleh Pengurus SRM. Kata-kata hinaan seperti,”
“Alah, kalau setakat jual produk Islam je, boleh maju ke.”
“Eh, boleh dapat untung ke jual Produk orang Islam ni? “
“ Ada orang nak beli ke produk macam ni?”
“ Ada orang datang kedai ke?”
YAKIN ATAS JANJI ALLAH
Yakin atas janji Allah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang sabar dan benar, Pengurus SRM, meneruskan langkah maju setapak demi setapak lagi dalam bidang perniagaan pemasaran produk Halal Muslim. Istiqamah,teruskan perjuangan, jangan peduli orang cakap,sabar dan doa, adalah kata-kata motivasi yang di berikan kepada pekerja. Ingatlah rezeki allah yang beri bukannya manusia.
Inspirasi beliau ialah beliau ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW yang menjadi peniaga dan usahawan Berjaya. Bukankah, Berniaga juga adalah Sunnah Rasulluah SAW? Maka, usahlah kita malu untuk berniaga. Kita bukan mencuri. Kita bukan meminta daripda orang lain. Tapi kita berusaha di atas kaki kita sendiri.
KONSEP SAHABAT ROSELLE MARKETING
Sahabat Roselle Marketing adalah pemborong ,pengedar dan peruncit barang-barang halal muslim.. Bagi memastikan produk dapat di pasarkan dengan lebih jauh lagi, maka Kedai Sahabat Roselle (JM0549153-H) telah ditubuhkan pada 21 Julai 2009. Kedai SRM merupakan rangkaian SRM untuk memasarkan produk muslim secara pukal dan runcit. Kini kedai SRM sudah semakin di kenali di negeri johor.
Berbeza dengan kedai runcit biasa, SRM menjalankan perniagaan dari pukul 8.30 pagi hingga 9.00 mlm bagi setiap hari Sabtu hingga Khamis, manakala tutup pada setiap hari Jumaat.
Sahabat Roselle Marketing juga memfokuskan produk halal yang mesra pelanggan ready to eat dan ready to cook, yang sesuai dengan dengan penggunaan pengguna yang sibuk dan mempunyai masa yang pendek di rumah setelah berada di tempat kerja yang panjang.
Hampir 80 peratus barangan yang kami pasarkan merupakan produk Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor.
Sahabat Roselle Marketing telah beroperasi di Taman Impian Emas, Skudai Johor. Konsep SRM yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.
Bertitik-tolak daripada ini, Kedai SRM di buka di Bandar Baru Uda, Johor Bharu pada 21 Julai 2009. Ia disusuli cawangan lain iaitu di Taman Mutiara Rini, Skudai Johor pada Mac 2011 (beroperasi sehingga September 2013), Puchong, Selangor pada 1 Mac 2012, Taman Universiti, Skudai Johor pada 16 Februari 2013.
SRM juga merupakan antara kedai pertama di Johor yang mewujudkan konsep peruncitan Islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi peruncitan.
Mengapa Tagline "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
Ramai yang bertanya mengapa Sahabat Roselle Marketing menggunakan tagline, "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..."
Bagi Pengurus SRM, Tagline "Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim...", adalah kerana, perkataan Muslim tidak mencirikan kepada mana-mana bangsa dan kaum.
Tidak kira apa bangsa dan keturunan seseorang, target jualan produk yang dipasarkan adalah untuk Orang Islam. Oleh itu, tidak kira seseorang itu berketurunan China, India, Kadazan, Murut, Melayu,Melanau dan lain-lain, asalkan dia beragama Islam, maka hasrat SRM, individu Muslim itu mendapat kebaikan dengan tertubuhnya syarikat Sahabat Roselle Marketing ini. Bukankah Islam itu membawa rahmat kepada seluruh alam.SRM mahukan orang Islam sedar dan sokong produk islam,bila dah maju,insyaallah akhirnya orang bukan islam akan beli juga produk muslim .
Kategori produk yang kami pasarkan adalah seperti di bawah:
Produk Kesihatan
Produk untuk IQ dan Minda, Set bersalin, Produk kesihatan untuk kaum lelaki, kaum wanita, usia emas dan kanak-kanak.
Produk Runcit (makanan dan minuman)
Produk runcit seperti Sardin, ikan bilis, beras, minyak sapi, Rempah Ratus, Kopi, Kordial dan lain-lain.
Produk Bahan Pencuci & Penjagaan Diri
Produk bahan pencuci dan penjagaan diri seperti sabun cuci baju, sabun mandian, syampoo, sanitizer tangan dan lain-lain lagi.
Produk Sejuk Beku (frozen)
Produk sejuk beku seperti Ayam organik, bebola, nugget, karipap segera dan lain-lain.
MENYAHUT CABARAN DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Alhamdulillah, mulai 1 May 2010, syarikat Kami "Sahabat Roselle Marketing" maju setapak lagi dengan menceburi bidang perniagaan secara "Online". Ini merupakan satu lagi cara untuk kami mengembangkan jualan produk-produk Halal Thoyyiba.
Hasrat suci kami menyahut cabaran dunia teknologi maklumat di Malaysia . Atas kesedaran umat Islam yang semakin mementingkan produk Halal, maka kami merasakan amat perlu kami terjun dalam dunia perniagaan secara dalam talian ini.
"Kedai Sahabat Roselle " secara Online ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan Barangan Keperluan ataupun produk halal dengan lebih mudah tanpa perlu bersusah payah untuk ke kedai.
Sila layari website kami di http://www.sahabatroselle.com
MEMPELBAGAIKAN BIDANG PERNIAGAAN
Alhamdulillah, mulai 15 Disember 2016, SRM telah menubuhkan SRM Hardware & Bikes bagi menjalankan aktiviti bidang perniagaan kedai peralatan logam atau ‘hardware’ serta penjualan dan servis basikal. SRM telah mengambilalih pengurusan perniagaan ini serta membeli lot kedai tersebut untuk menempatkan pejabat urusan SRM.
RESIPI KEJAYAAN PENGURUS SRM
Pengurus SRM, sangat berpegang teguh kepada prinsip perniagaan Islam. Beliau lebih suka menjalankan perniagaan secara tunai dan bukannya hutang. Seorang anak felda yang miskin, tetap gigih berusaha tanpa jemu, rajin dan tidak malas, berani kerana benar.
Berikut ialah rahsia kejayaan Pengurus SRM:
1) Berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith
Sebagai Umat Islam, beliau sangat berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith. Apa yang Allah dan rasulNYa perintahkan, beliau ikut. Apa yang ditegah oleh Allah dan rasulNya, beliau tinggalkan. Ini kerana, beliau yakin pada janji Allah, sebagaimana Firman Allah SWT, Mafhumnya;
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)
Sabda Nabi Muhammad SAW, Mafhumnya:
“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
2) Istiqamah mendirikan Solat sunat Dhuha.
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ”
3) Istiqamah dengan Solat Tahajjud
4) Istiqamah dengan Membaca Al Quran
5) Berbaik sangka dengan Allah SWT Di atas setiap kejadian yang berlaku.
6) Menjaga persahabatan dalam perniagaan.
7) Mempunyai pengetahuan secara mendalam mengenai produk yang dipasarkan.
8) Mengamalkan sikap-sikap positif.
9) Fokus dalam sesuatu produk.
10) Menjaga makanan dan minuman dan berani menghadapi cabaran.
No reviews yet. Be the first to add a review.