• Delete
  • Edit

About

Johor Innovation Valley (JIVe) sebagai medium mensinergikan universiti, kerajaan, komuniti, industri dan media sosial dalam pembangunan Negeri Johor

Tags : #CollegeUniversity, #CommunityOrganization, #EducationalResearchCenter, #College&University

Location :
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor

Mailing List

Enter your email to get updates and special deals from Johor Innovation Valley-JIVe

Opening Hours

  • Monday 08:00 - 17:00
  • Tuesday 08:00 - 17:00
  • Wednesday 08:00 - 17:00
  • Thursday 08:00 - 15:30
  • Friday -
  • Saturday -
  • Sunday 08:00 - 17:00

Description

Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) telah dilancarkan penubuhannya pada 21 Mac 2016 oleh YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor. Institut ini merupakan sinergi antara Universiti / Institusi Pengajian Tinggi, Industri dan Kerajaan Johor bagi membantu Johor ke arah Johor Negeri Berkemajuan.

YAB Menteri Besar dalam ucapan pelancaran IISJ juga menyatakan hasrat ke arah pembentukan Johor sebagai Lembah Silikon untuk rantau ASEAN dan menjadi tumpuan bakat terbaik dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan bagi rantau ini. Ia merupakan pembentukan ke arah ekosistem untuk menjadi penghubung antara institusi-institusi pengajian tinggi di Johor dalam menjalankan aktiviti penyelidikan.

Ini adalah selaras dengan objektif penubuhan IISJ untuk meningkatkan reputasi negeri Johor sebagai lembah inovasi bertaraf global, membudayakan penemuan ilmu baharu dan penyelesaian masalah untuk dimafaatkan oleh rakyat Johor. Selain itu, penubuhan IISJ bertujuan untuk mensinergikan hubungan antara IPT, Industri dan Komuniti dengan Kerajaan Negeri Johor bagi memanfaatkan kepakaran, modal insan, dana dan sumbang saran ke arah mensejahterakan rakyat Johor bagi menjadikan negeri Johor sebagai Innovation and Economy Power House serta menjadi pemangkin ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi dalam kalangan rakyat Johor.

IISJ akan membantu membangunkan negeri Johor menjadi lebih inklusif, lestari dan berinovasi serta dapat memberikan penyelesaian terhadap segala cabaran dan masalah yang dihadapi kerajaan negeri pada masa kini melalui sains dan teknologi. Pelaksanaan IISJ adalah bertepatan dengan Community Engagement Network for Innovation (CENI) dimana ia merupakan satu rangkaian komuniti yang melibatkan agensi kerajaan, industri, NGO dan komuniti setempat yang menekankan kesejahteraan rakyat. Semoga hasrat Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjadi lembah inovasi berkepentingan global menjadi kenyataan

Add missing information

Add email
Add photos
Add Social Media
Add Products and Services

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews