Local Government Office

Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur

About

Page Jabatan Imigresen Malaysia WP Kuala Lumpur berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta informasi terbaru berkaitan JIMWPKL

Tags : #Establishment, #Passport&VisaService, #GovernmentOrganization

Location :

Description

SEJARAH JABATAN IMIGRESEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sebelum 1 Februari 1989 Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur wujud secara organisasi daripada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Namun demikian atas sebab kemerosotan ekonomi Dunia/Negara pada masa itu dan mengambil kesempatan kedudukan fizikal JIWP di lokasi yang sama dengan Ibu Pejabat JIM iaitu di Kompleks Pusat Bandar Damansara, maka JIWP telah dibubarkan pada 1.2.1989.

Pada 6hb. Oktober, 1993 satu lagi mesyuarat telah diadakan dan menjelaskan sektor kerja - kerja yang akan diserahpindah ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan kuala Lumpur dan jumlah jawatan yang akan terlibat adalah seramai 11 Orang Pegawai yang terdiri daripada PPI (N3) 2 Orang, PIT (KP 6) 2 Orang, PIK (KP 6) 2 Orang dan PI (KP8) 5 Orang. Tetapi jumlah jawatan yang diserahpindah dikaji semula dengan penubuhan Pasukan Petugas Tetap (PATI/PTI) kerana ia akan melibatkan penambahan bidang kerja Bahagian.

Secara Kebetulan , dengan pelaksanaan SSB dan penyusunan semula stuktur organisasi Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan mengambil kesempatan untuk mewujudkan bahagian-bahagian baru termasuk penubuhan JIWP dengan harapan perkhidmatan imigresen dapat diperkembangkan dan pertingkatkan. Dengan pemisahan JIWP daripada ibu pejabat dan penubuhan beberapa pejabat cawangan pelanggan-pelanggan dapat diagih-agihkan dan tidak bertumpu di satu tempat sahaja untuk mendapat perkhidmatan. Secara prinsip penubuhan JWIP telah dipersetujui oleh KDN pada tarikh 7hb. Oktober, 1992.

Pada 20hb. Disember 1995 Pejabat Imigresen Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dibangunan Kompleks Wilayah di Jalan Dang Wangi. Pejabat Cawangan ini telah memberi kemudahan Imigresen kepada orang awam.

Pada tahun 2005, apabila Ibu Pejabat Imigresen Malaysia berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pejabat Imigresen Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kompleks Wilayah telah ditutup dan berpindah ke Pusat Bandar Damansara. Sebuah Pejabat Cawangan telah dibuka di Wangsa Maju pada tahun 2006.

Jabatan Imigresen WPKL Pusat Bandar Damansara kini telah berpindah dan beroperasi di Kompleks KDN, Jalan Duta bermula 17 Oktober 2011.

17 Reviews

  • Anynomous
    14 October 2023

    Adalah dimaklumkan Penutupan Awal Operasi Kaunter UTC W.P Kuala Lumpur adalah seperti berikut.

  • Anynomous
    08 October 2023

    INFO PROGRAM Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP) Susulan Di Jabatan Imigresen Malaysia W.P. Kuala Lumpur TARIKH: 14-15 Ogos 2018 MASA: 10.00 pg - 4.00 ptg TEMPAT: Jabatan Imigresen Malaysia W.P. Kuala Lumpur, Kompleks KDN,Kuala Lumpur... #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    06 October 2023

    INFO PROGRAM “Kursus Rasuah Wujud Bukan Kerana Gaji Kecil Tapi Rendahnya Budaya Integriti” TARIKH: 13 Ogos 2018 (Isnin) MASA: 9.00 pg - 4.00 ptg TEMPAT: Bilik Latihan, Aras 5, Kompleks KDN,Kuala Lumpur... #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    02 October 2023

    INFO PROGRAM Lawatan AKRAB JIMWPKL ke Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam TARIKH: 9 Ogos 2018 (Khamis) MASA: 9.00 pg - 4.00 ptg TEMPAT: Jabatan Perkhidmatan Awam, Aras 3, Blok C3,Kompleks C,Putrajaya

    ...

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    30 September 2023

    INFO PROGRAM Kursus MyMesyuarat TARIKH: 7 Ogos 2018 (Selasa) MASA: 8.30 pg - 5.00 ptg TEMPAT: Bilik Latihan, Aras 5, Kompleks KDN,Kuala Lumpur

    ...

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    26 September 2023

    INFO PROGRAM Majlis Bacaan Yasin JIMWPKL TARIKH: 3 Ogos 2018 (JUMAAT) MASA: 8.30pg - 9.30pg TEMPAT: Surau Al-Ikhlas, Aras 1, Kompleks KDN, Jalan Tuanku Abdul Halim, W.P Kuala Lumpur... #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    23 September 2023

    SINDIKET AH BOY PALSUKAN DOKUMEN IMIGRESEN TUMPAS

    KUALA LUMPUR, 31 Julai 2018 -- Kegiatan tiga orang lelaki warga tempatan yang dikenali sebagai 'Geng Ah Boy' menjadi dalang utama pengeluaran Surat Kebenaran Bekerja Dengan Syarikat Lain, salinan pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang telah dipalsukan dan dokumen pengenalan diri i-Kad dipalsukan yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terbongkar selepas ditahan dalam Ops Serkap dilaksanakan Unit Risikan... dan Operasi Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur.

    Sindiket berkenaan dipercayai melakukan kegiatan itu sejak tiga tahun yang lalu dan berselindung di sebalik perniagaan menjual telefon bimbit dan aksesori alat telekomunikasi di sekitar kawasan Lembah Klang, terutamanya dari kawasan Chow Kit dan Kampung Baru.

    Mereka dipercayai menjual surat kebenaran bekerja kepada warga asing dengan harga antara RM30 hingga RM180 mengikut pakej yang ditawarkan.

    Sasaran utama sindiket ini adalah di kalangan warganegara asing majoritinya warga Indonesia dan juga warga Bangladesh kerana dipercayai permintaan I-Kad ini semakin meningkat di pasaran sejak pelancaran Ops Mega 3.0.

    Kesemua suspek di mana dalang utamanya tiga lelaki warga tempatan dan dua wanita warganegara Indonesia yang berumur 25 hingga 38 tahun.

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali berkata serbuan dibuat ke atas premis itu selepas menerima maklumat dan risikan yang dijalankan selama hampir tiga minggu.

    “Hasil daripada serbuan yang dilakukan seramai 14 orang telah diperiksa dan seramai 5 orang telah ditahan di dua buah premis berasingan dan suspek kemudian dibawa untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana membuat atau memalsukan atau meminda sesuatu endosmen atau dokumen untuk digunakan sebagai visa, pas, permit atau kelayakan di bawah akta.

    "Seksyen 56 (1A)(c) akta yang sama kerana bersubahat atau melibatkan diri dalam komplot untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Imigresen.

    “Selain pelbagai jenis surat kebenaran bekerja dengan syarikat lain, salinan pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang telah dipalsukan dan dokumen pengenalan diri I-Kad yang dipalsukan, turut dirampas adalah komputer, pengimbas dan pencetak yang disyaki digunakan untuk mencetak dokumen palsu,” katanya.

    #imigresen #jim #opsikrar #opsmega #hariharioperasi #jimwpkl

    See More

  • Anynomous
    17 September 2023

    INFO PROGRAM Majlis Perhimpunan Setia Berjasa JIMWPKL Bagi Bulan Julai 2018 Dan Ceramah Motivasi Bertajuk “Sahabat Nabi : Ikon Pekerja Muslim” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Siddiq TARIKH: 25 Julai 2018 (Rabu)... MASA: 8.30 Pagi - 11.30 Pagi TEMPAT: Auditorium Aras 1, Kompleks KDN, Kuala Lumpur. Host Perhimpunan Pada kali ini adalah dari Depot Imigresen Bukit Jalil Bertemakan “Hari Pahlawan” #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    16 September 2023

    INFO PROGRAM Pertandingan Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Dan Anugerah Inovasi Jabatan Imigresen Malaysia Peringkat Zon Tengah Tahun 2018 TARIKH: 19 Julai 2018 (Khamis) MASA: 8.00 Pagi – 4.30 Petang TEMPAT: Jabatan Imigresen Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)... Aras Bawah,Bangunan Airport Management Centre (AMC) Setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan KIK RST HYBRID JIMWPKL menduduki tempat kedua KIK Zon Tengah 2018 #FUTSALJIMWPKL #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    05 September 2023

    INFO PROGRAM OPS MEGA 3.0 TARIKH: 13 Julai 2018 (Jumaat) MASA: 12.30 Pagi #OPSMEGA #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    ...

    KETUA Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Mustafar Ali turun padang mengejar beberapa lelaki warga Nigeria yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas mereka mencuba meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen. Ketangkasan Mustafar itu dilihat ketika Ops Mega 3.0 yang disertai kira-kira 150 pegawai Imigresen di pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini. Mustafar berkata, beberapa pegawai Imigresen turut mengalami kecederaan selepas dirempuh lelaki berkenaan. “Pagi ini kita mengejar warga Nigeria, pegawai kita yang dirempuh dan mengalami kecederaan sudah dirawat. “Semua sedia maklum warga Nigeria ini bertubuh sasa, ada pegawai Imigresen tercampak akibat dirempuh individu itu. “Selain di Kepong, kita juga jalankan pemeriksaan di pangsapuri di Selayang dan rumah kongsi di kawasan pembinaan di Bukit Jalil. “Pelbagai gelagat kita dapat tengok, ada yang menyorok celah dinding dan di bawah sofa, sanggup tindihkan sofa di atas badan mereka untuk memastikan tidak dikesan Imigresen,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan lokasi akhir Ops Mega 3.0, di Bukit Jalil, di sini, awal pagi ini. Mustafar berkata, daripada 468 warga asing diperiksa, seramai 258 PATI ditahan. “Di Selayang, kita periksa 185 warga asing dan tangkap 68 PATI di mana 40 daripadanya warga Indonesia dan bakinya Bangladesh. “Susulan itu, kita periksa 30 orang dan tangkap sembilan PATI di Kepong, empat warga Nigeria, Indonesia (4) dan Filipina (1). “Di Bukit Jalil pula, kita periksa 253 warga asing, 181 daripadanya ditangkap, warga Indonesia mencatatkan bilangan tertinggi dengan 140 orang, Myanmar (21) dan Bangladesh (20). “Kesemua PATI berkenaan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Mustafar berkata, hasil semakan pihaknya mendapati sebahagian besar pasport individu berkenaan sudah tamat tempoh. “Selepas itu, kita lihat ada yang lari daripada majikan masing-masing dan bekerja di tempat lain, dalam dokumen sepatutnya bekerja di Brickfields tapi sekarang sudah tukar tempat ke Selayang. “Kita juga dapat kesan kesalahan pemalsuan dokumen, ia sudah menjadi sindiket di Malaysia. “Atas sebab itu, kita usaha membanteras sindiket itu secara berterusan, seperti yang mana yang kita buat sebelum ini dengan menumpaskan sindiket pasport palsu didalangi warga Indonesia,” katanya.

    See More

  • Anynomous
    02 September 2023

    Adalah dimaklumkan Penutupan Awal Operasi Kaunter UTC Kuala Lumpur (Pudu Sentral) adalah seperti berikut.

  • Anynomous
    29 August 2023

    INFO PROGRAM OPS MEGA 3.0 TARIKH: 06 Julai 2018 (Jumaat) MASA: 8.00 Malam TEMPAT: Jakel Mall Kuala Lumpur.

    ...

    #OPSMEGA #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    29 August 2023

    INFO PROGRAM Majlis Santai Raya Sektor Pengurusan JIMWPKL 2018 TARIKH: 06 Julai 2018 (Jumaat) MASA: 11.00 pg - 1.00 Tgh Hari TEMPAT: Ruang Legar Aras 2, Kompleks KDN W.P Kuala Lumpur.... #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    27 August 2023

    INFO PROGRAM Lawatan Pasukan Projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) Ke Bahagian Penguatkuasa JIMWPKL TARIKH: 04 Julai 2018 (RABU) MASA: 9.00 pagi TEMPAT: Aras 2,Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks KDN, Jalan Tuanku Abdul Halim, W.P Kuala Lumpur

    ...

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    25 August 2023

    INFO PROGRAM Bengkel Pemantapan Pengendalian Vokal Pasukan KOIR JIMWPKL TARIKH: 02 Julai 2018 (ISNIN) MASA: 8.30 pg - 4.30 ptg TEMPAT: Bilik Latihan, Aras 5, Kompleks KDN, Jalan Tuanku Abdul Halim, W.P Kuala Lumpur

    ...

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    22 August 2023

    INFO PROGRAM Majlis Bacaan Yasin JIMWPKL TARIKH: 29 Jun 2018 (JUMAAT) MASA: 8.30pg - 9.30pg TEMPAT: Surau Al-Ikhlas, Aras 1, Kompleks KDN, Jalan Tuanku Abdul Halim, W.P Kuala Lumpur

    ...

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More

  • Anynomous
    20 August 2023

    INFO PROGRAM Majlis Perhimpunan Setia Berjasa JIMWPKL Bagi Bulan Jun 2018 Dan Ceramah Integriti Daripada PPI Hasni Bin Yaacob TARIKH: 27 Jun 2018 (Rabu)... MASA: 8.30 Pagi - 11.30 Pagi TEMPAT: Auditorium Aras 1, Kompleks KDN Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. Host Perhimpunan Pada kali ini adalah dari Bahagian Khidmat Pengurusan Bertemakan “Mencari Keberkatan Dalam Bekerja”

    #JIMWPKL #IMIGRESEN #MALAYSIA #JIM

    See More