About

INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP) telah ditubuhkan pada akhir tahun 1961, bertempat di sebuah rumah banglo dua tingkat, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ia bermula sebagai sebuah pusat latihan yang dinamakan PUSAT LATIHAN MUBALIGH DARUL ARQAM, bagi memenuhi keperluan PERKIM untuk melahirkan para mubaligh yang boleh menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam. Seramai 24 pelajar telah diambil sebagai kumpulan perintis, terdiri dari kebanyakannya daripada anak-anak Melayu lepasan universiti-universiti India, disamping sekumpulan pelajar dari Korea Muslim Federation. Pada tahun 1963, pusat ini terpaksa diberhentikan kerana masalah yang dihadapi oleh PERKIM pada ketika itu.


Pada tahun 1975, pusat latihan ini diwujudkan semula, bertempat di No. 250-D, Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan nama PUSAT LATIHAN AGAMA PERKIM. Pada tahun 1976, pusat latihan ini dipindahkan ke Wisma Selangor, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Pada tahun 1979, pusat ini sekali lagi bertukar nama kepada INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP). Institut ini berpindah ke Taman Putra PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 Februari 1991 sehingga sekarang.

Tags : #PlaceOfWorship, #ReligiousCenter, #CommunityCollege

Location :
Taman Putra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan, 16100 Pengkalan Cepa, Kelantan
Contacts :

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews