Uncategorized

Halal Meat Importers of Malaysia - JJHR

About

Program Jualan Jimat Harapan Rakyat akan menjimat kos belanja dapur sebanyak RM50 seminggu atau bersamaan RM200 sebulan. In Shaa ALLAH!!! Aamiin.

Pejabat Sekretriat DPJJHR Nasional

Tags : #CommunityOrganization

Location :

Description

Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM)
ditubuhkan pada tahun 1987 (nama asal adalah Persatuan Pengilang-Pengilang Bumiputra Malaysia) dengan tujuan menyatukan dan menggabung semua usahawan industri pembuatan dan sektor perkhidmatan Bumiputera.

PPIPBM terlibat secara aktif dalam pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera selaras dengan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan seperti pembangunan pasaran, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kewangan, rangkaian niaga dan lain-lain lagi.

PPIPBM diiktiraf oleh Kerajaan sebagai salah sebuah badan petubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan aktif dalam memberi input-input dan maklum balas terhadap dasar-dasar berkaitan pembangunan usahawan PKS seperti Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10).

Peranan lebih aktif dapat dilaksana dengan penglibatan di pelbagai peringkat Majlis dan Jawatankuasa iaitu :-

Jawatankuasa/Majlis
1: Jawatankuasa Pengesahan Halal Selangor, Majlis Agama Islam Selangor
2: Majlis Anti Dadah Pemadam Kebangsaan (2009 – 2012)
3: Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Inovasi Negara (JTPIN) di bawah
Majlis Inovasi Negara (2009 – 2010)
4: Jawatankuasa Kerja New Sources of Growth : Outsourcing Hub for
Manufacturing Component, Unit Perancang Ekonomi
5: Panel Bumiputera in Business, SME Corporation.
6: Majlis Pembangunan Usahawan (MPU), Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
7: Majlis-majlis Dialog Kementerian / Agensi Kerajaan / Pertubuhan Bukan
Kerajaan / Swasta yang lain..

Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews