Bahagian HEP memainkan peranan yang ketara dalam aspek-aspek pembangunan dan kebajikan pelajar serta penguatkuasaan Akta 174. Diantara fungsi teras bahagian ini adalah:
1. Menyediakan perkhidmatan seperti penginapan, khidmat nasihat, kaunseling, riadah dll.
2. Menyediakan program-program pembangunan insan agar pelajar UiTM adalah pelajar yang bukan sahaja tinggi tahap akademiknya tetapi juga pelajar yang berakhlak mulia.
3. Menguatkuasakan peraturan pelajar terutama yang melibatkan disiplin.
Bahagian HEP diketuai oleh Timbalan Rektor (HEP) dan dibantu oleh Penolong Pendaftar (HEP) dan lain-lain ketua unit. Terdapat 8 unit yang menawarkan berbagai-bagai perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.
No reviews yet. Be the first to add a review.