Uncategorized

PKPMI CAW JAMBI - Official

Jambi City

About

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia dengan singkatan PKPMI, merupakan satu pertubuhan atau persatuan untuk anak-anak Malaysia

Tags : #Education

Location :
Jambi City

Description

Pada ketika ini terdapat kira-kira 100-150 Mahasiswa-Mahasiswi Malaysia di Jambi yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Jambi, Sumatera Indonesia.

Asas Dan Tujuan Tertubuhnya PKPMI

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) adalah merupakan sebuah pesatuan yang berasaskan kepada pendidikan, persahabatan, dan kesatuan. PKPMI membantu meningkatkan mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan berteraskan pada nilai-nilai Islam dan ideologi kebangsaan Malaysia (Rukun Negara).

Persatuan ini adalah sebuah peratuan yang telah diakui oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI), secara tidak langsung, PKPMI berperanan sebagai :-

1. Menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di Indonesia dalam usaha memupuk semangat kebangsaan dan rasa tanggungjawab berdasarkan Rukun Negara.

2. Menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala hal perundingan dan perhubungan dengan pihak yang berkenaan.

3 Berusaha mendekatkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan pelajar-pelajar dan masyarakat serta pelajar-pelajar asing yang lain di Indonesia.


4 Menjalankan kegiatan sosial dan ilmiah yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan peraturan setempat.

5. Meningkatkan dakwah dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.

6. Berkerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, khususnya Bahagian Pendidikan dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dalam segala hal yang menuju tercapainya tujuan dan matlamat di atas.

7 Berkerjasama dengan Konsulat Malaysia yang berada di Indonesia, iaitu Konsulat Jeneral di Medan dan Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Indonesia.

Rate & Write Reviews