Overview

Colour Vibration Therapy (CVT) salah satu rawatan komplementari yang berasaskan perawatan semulajadi dan berteraskan Islamisasi Ilmu

Tags

  • Health
  • Medical Company

Description

Colour Vibration Therapy (CVT)
Rawatan Alternatif Terapi Getaran Warna

Konsep Colour Vibration Therapy (CVT)
Tenaga Cahaya Nampak (Matahari & Bulan) Yang Dirakam Melalui Bunga-bungaan Yang Bersih Lagi Suci.


Aspek Formula & Kelebihan Produk Colour Vibration Therapy (CVT)
Formula CVT bersifat semulajadi serta 100 peratus bebas daripada bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindakbalas kimia berbahaya atau keracunan di dalam tubuh samada dalam jangka masa panjang atau sebaliknya.

Tidak menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif dan terlalu aktif akan menimbulkan kesan sampingan yang berat. Ini membuatkan CVT mengubah kaedah dengan meniru frekuensi sesuatu bahan yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan getaran bunyi di dalam tubuh manusia.

Frekuensi tersebut akan bergetar menurut keseimbangannya selain mempunyai warna tertentu bagi membentuk keseimbangan serta-merta pada bahagian tubuh yang tidak seimbang melalui penggunaan yang kerap dan konsisten.

CVT memiliki teknologi memerangkap, meniru dan merakam semula pelbagai bentuk getaran dan gelombang daripada sumber seperti bunga-bungaan, kristal, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Adunan secara sistematik 7 jenis pati bunga-bungaan di dalam satu pati bunga dikenali sebagai "Aromatherapy Vibration" atau Seri Wajah sebagai medium dengan tenaga magnetik yang berupaya meneutralkan pelbagai keasidan, keracunan dan jangkitan melalui pelbagai bentuk getaran dan frekuensi tertentu yang harmoni.

CVT juga dengan teknologi memerangkap pelbagai bentuk tenaga dengan konsep keseimbangan menggunakan tahap tenaga yang rendah / kecil, tetap dan konsisten dengan kelajuan yang tinggi serta berfrekuensi rendah sehingga di bawah 6 Hertz sebagai bentuk tenaga yang amat semulajadi.

Formula CVT juga bertindak sebagai bahantara yang membawa tenaga dalam bentuk frekuensi dan getaran warna yang akan mencari sasaran di dalam tubuh atau organ yang juga mempunyai frekuensi dan getaran warna tersendiri menurut meridian dan kedudukan tertentu.

Location

0 Reviews

No reviews yet. Be the first to add a review.

Rate & Write Reviews